Jumaat, 17 Ogos 2018

TAYAMMUM


Tajuk pertama dalam bab ibadah ialah bab tayammum yang membicarakan tentang pengertian tayammum, menerangkan sebab2 yang mengharuskan tayammum, menjelaskan rukun dan sunat bertayammum, menghuraikan syarat2 tayammum, membicarakan perkara-perkara yang membatalkan tayammum



UNIT 1



  Dalam bab tayammum ini pada awalnya pelajar dapat mengetahui pengertian tayammum serta rukun tayammum yang bermula dengan niat, menyapu seluruh muka dengan debu menyapu debu ke tangan hingga ke siku dan diakhiri dengan tertib. Fungsi tayammum sebenarnya perkara asas penting yang harus kita ketahui kerana kita tidak tahu bila masa atau ketika ketiadaan air.

Murid harus memastikan debu yang digunakan merupakan debu tanah yang suci tidak bercampur dengan najis dan bukan debu yang telah digunakan.

                                                     



     Yang seterusnya, murid dapat mengetahui kaedah bertayammum dengan cara yang betul. Yang pertama, dimulakan dengan menekap kedua-dua tapak tangan serta menipiskannya lalu menyapukannya di muka sambil berniat. Kedua, mengulangi menekap tapak tangan pada debu lalu menyapukannya pada tangan hingga ke siku. Dimulakan dengan tangan kanan barulah diakhiri dengan tangan kiri. Diingatkan cara bertayammum ini haruslah dilakukan secara tertib sama seperti berwuduk.



Syarat-syarat sah bertayammum perlulah dibelajari serta diketahui oleh semua lapisan masyarakat khususnya murid. Syarat yang pertama ialah mengetahui terlebih dahulu waktu solat kerana fungsi tayammum dibolehkan seusai kita mengetahui tentang waktu solat. Selain itu, kita juga haruslah mencari air terlebih dahulu kerana bimbang semasa kita bertayammum sebenarnya ada air namun di tempat lain.

  Yang ketiga, memastikan debu tanah yang kita hendak gunakan adalah suci daripada sebarang najis dan elakkan daripada menggunakan najis yang telah digunakan. Sekiranya terdapat najis hendaklah sewajarnya kita bersihkan terlebih dahulu.
   
   Perkara-perkara seperti ini lah perlu dititikberatkan oleh semua manusia kerana solat wajib dilakukan meskipun dalam keadaan sakit sekalipun. Jadi, tayammum menjadi satu kepastian yang wajar kita ketahui agar kita tidak meninggalkan ibadah wajib kita.



       Tambahan lagi, murid-murid juga dapat mengetahui sebab-sebab melakukan tayammum. Tayammum bukanlah sebuah jalan singkat namun ianya ialah rukhsah untuk menggantikan air dalam berwuduk.


    Seperti dalam berwuduk, tayammum juga mempunyai sunat-sunat dalam menggunakan tayammum sebagai gantian wuduk. Seperti biasa, disunatkan membaca basmallah. Seterusnya, menghadap kiblat , menipiskan debu pada tangan dalam keadaan menghadap kiblat.


  Yang terakhir ialah perkara yang boleh membatalkan tayammum apabila kita melakukan perkara yang membatalkan wuduk seperti contoh terkentut, membuang air kecil atau besar , bersetuhan kulit lelaki ajnabi atau perempuan ajnabi.
    
    Sekiranya ada air sebelum solat namun selepas bertayammum juga dikira batal tayammumnya. Ini kerana, kita haruslah berusaha mencari air terlebih dahulu kerana tayammum memudahkan bukannya menyusahkan orang lain. Tayammum juga akan terbatal sekiranya seseorang itu telah sembuh daripada sebarang penyakit kerana pada ketika itu dia sudah terkeluar dari menjadi seseorang yang diharuskan menggunakan tayammum.

   Seterusnya, perkara seperti luput waktu solat dan murtad juga merupakan dua perkara yang membatalkan tayammum.




      Ini merupakan contoh cara bertayammum yang betul yang perlu diketahui dan dipraktikkan dalam kehidupan sesiapa sahaja yang bergelar muslim. 


  
Soalan demi soalan
1   
      Meminta murid untuk menjelaskan kembali apa yang mereka fahami dalam tajuk tayammum dengan menggunakan kertas warna-warni yang telah disediakan di atas meja.
    Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan haruslah melakukan simulasi tayammum dengan betul dan guru akan menilai kumpulan yang layak digelar pemenang.
 

Bincangkan situasi dibawah serta nyatakan hukum dan sebabnya
     
     1.  Farhan bertayammum sebelum masuk waktu solat.
 
     2. Nur menyapu debu ke tangan kanan terlebih dahulu sebelum tangan kiri.

     3.   Luqman bertayammum pada solat zohor dan dia ingin menunaikan solat asar menggunakan tayammum yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan