Tajuk pertama dalam bab ibadah ialah bab tayammum yang membicarakan tentang pengertian tayammum, menerangkan sebab2 yang mengharuskan tayammum, menjelaskan rukun dan sunat bertayammum, menghuraikan syarat2 tayammum, membicarakan perkara-perkara yang membatalkan tayammum.
Tajuk kedua dalam bab yang sama ialah bab sunat haiah dan ab'ad ini para pelajar dapat mengetahui pengertian sunat haiah dan ab'ad, dapat merumuskan perkara sunat haiah dan ab'ad, menjelaskan implikasi meninggalkan sunat ab'ad serta dapat mengetahui dan mengamalkan perkara-perkara sunat.
Tajuk ketiga ialah asas azan dimana bab ini menerangkan kepada pelajar tentang pengertian azan. Pelajar juga membaca dan menghafaz lafaz azan serta jawapannya. Selain itu, pelajar melakukan simulasi dan melaungkan azan serta jawapannya serta membincangkan tentang adab sebelum, adab semasa dan selepas azan.
Ini merupakan rujukan saya sepanjang menyiapkan tugasan blog ini . Semoga dapat membantu dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan