Tajuk ketiga ialah asas azan dimana bab ini menerangkan kepada pelajar tentang pengertian azan. Pelajar juga membaca dan menghafaz lafaz azan serta jawapannya. Selain itu, pelajar melakukan simulasi dan melaungkan azan serta jawapannya serta membincangkan tentang adab sebelum, adab semasa dan selepas azan.
UNIT 3
Dalam bab ini, murid-murid dapat mengetahui azan dan jawapan ketika kita mendengar azan. Ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh lapisan masyarakat dan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana setiap 5 waktu kita akan mendengar azan seperti azan di corong-corong radio ataupun dari masjid atau surau yang berdekatan.
Jikalau makan kita mempunyai adab , begitu jugalah azan yang mempunyai tiga adab iaitu adab sebelum azan, adab semasa azan dan adab selepas azan.
Sebelum kita melaungkan azan kita perlu memastikan diri kita berwuduk, suci daripada hadas besar dan kecil. Selain itu, memastikan kita memakai pakaian yang menutup aurat serta syariat dan disunatkan muazin tersebut berakhlak mulia.
Seterusnya, adab semasa azan terbahagi kepada dua iaitu terhadap muazin dan pendengar. Terdapat lima adab semasa azan yang harus dilakukan oleh muazin. Dan tiga adab semasa azan yang harus dilakukan oleh pendengar.
Selanjutnya, adab selepas azan juga perlu dititikberatkan oleh semua muslim khususnya murid-murid yang mempelajari bab azan haruslah mengamalkan tiga adab tersebut.
Ini adalah fungsi azan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan mukmin sejati yang mengejar mardhatillah.
AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN :
1) Baca dan hafaz lafaz azan serta jawapannya serta perdengarkan kepada rakan-rakan.
2) Murid dikehendaki menulis ayat atau perkataan lafaz azan beserta jawapannya dalam satu kertas berwarna- warni dan bentangkan ia di depan kelas kepada rakan-rakan,
3) Bincangkan antara ahli kumpulan tentang kepentingan azan dalam mengembangkan syiar Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan