Jumaat, 17 Ogos 2018

SUNAT AB'AD DAN HAI'AH


Tajuk kedua dalam bab yang sama ialah bab sunat haiah dan ab'ad ini para pelajar dapat mengetahui pengertian sunat haiah dan ab'ad, dapat merumuskan perkara sunat haiah dan ab'ad, menjelaskan implikasi meninggalkan sunat ab'ad serta dapat mengetahui dan mengamalkan perkara-perkara sunat.  


UNIT 2          

         


 Dalam bab yang seterusnya ialah murid-murid mempelajari serta mendapat sesuatu ilmu iaitu mengenai pengertian sunat ab’ad yang kini ramai umat Islam tidak menitikberatkan mengenai sunat ab’ad kerana bagi mereka perkara yang digelar sunat adalah perkara remeh-temeh yang boleh dipandang serong. Sunat ab’ad ini jika kita tinggalkan kita harus menggantikannya dengan sujud sahwi.  

Apabila kita tertinggal kelapan-lapan perkara diatas, maka kita disunatkan melakukan sujud sahwi.

                                                          






   Seterusnya, selain murid dapat mengetahui tentang sunat ab'ad murid juga dapat mempelajari sunat hai'ah yang mana sunat ini tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebagai contoh memberi salam yang kedua. Sekiranya kita tertinggal salam kedua kita tidak perlu melakukan sujud sahwi.  




                                                 


Seperti sujud sajdah dan sujud-sujud yang lain pasti mempunyai bacaan dalam sujud tersebut, sama juga dalam sujud sahwi dimana ia juga mempunyai bacaan yang tersendiri apabila kita tertinggal sunat ab'ad. 

Murid bukan sahaja dapat mengetahui pengertian dan sebagainya, bahkan murid dapat mengetahui tentang bacaan dalam sujud sahwi.   




SESI MENGUJI MINDA 

Murid diminta untuk membincangkan tentang perkara-perkara berikut : 

1) Laila solat subuh tetapi dia terlupa untuk membaca doa qunut. Adakah dia perlu melakukan sujud sahwi atau tidak? 

2) Asma tidak membaca tahiyatul awal ketika solat. Perlukah dia melakukan sujud sahwi? 

3) Luqman terlupa untuk melakukan salam kedua ketika solat isyak. Dia perlu melakukan sujud sahwi atau tidak dan mengapa ? 

UJI KETANGKASAN MINDA DAN INGATAN 

Secara berpasangan, murid perlu menyemak bacaan sujud sahwi rakannya dan sekiranya ada yang terlupa atau tersilap , perbetulkan dan seusai menyemak beritahu guru matapelajaran untuk memberikan bintang atau point.      
 








                                                                           




Tiada ulasan:

Catat Ulasan