Tajuk pertama dalam bab ibadah ialah bab tayammum yang membicarakan tentang pengertian tayammum, menerangkan sebab2 yang mengharuskan tayammum, menjelaskan rukun dan sunat bertayammum, menghuraikan syarat2 tayammum, membicarakan perkara-perkara yang membatalkan tayammum.
Tajuk kedua dalam bab yang sama ialah bab sunat haiah dan ab'ad ini para pelajar dapat mengetahui pengertian sunat haiah dan ab'ad, dapat merumuskan perkara sunat haiah dan ab'ad, menjelaskan implikasi meninggalkan sunat ab'ad serta dapat mengetahui dan mengamalkan perkara-perkara sunat.
Tajuk ketiga ialah asas azan dimana bab ini menerangkan kepada pelajar tentang pengertian azan. Pelajar juga membaca dan menghafaz lafaz azan serta jawapannya. Selain itu, pelajar melakukan simulasi dan melaungkan azan serta jawapannya serta membincangkan tentang adab sebelum, adab semasa dan selepas azan.
Ini merupakan rujukan saya sepanjang menyiapkan tugasan blog ini . Semoga dapat membantu dari semasa ke semasa.
Selepas mengetahui ke semua ilmu berkaitan dengan tayammum, kini mari kita lihat video ini . Diharapkan kita dapat mempratikkan apabila ketiadaan air atau dalam hal-hal yang tidak membolehkan kita berwuduk.
Tajuk pertama dalam bab ibadah ialah bab tayammum yang membicarakan tentang pengertian tayammum, menerangkan sebab2 yang mengharuskan tayammum, menjelaskan rukun dan sunat bertayammum, menghuraikan syarat2 tayammum, membicarakan perkara-perkara yang membatalkan tayammum
UNIT 1
Dalam bab tayammum ini pada awalnya pelajar dapat mengetahui pengertian tayammum serta rukun tayammum yang bermula dengan niat, menyapu seluruh muka dengan debu menyapu debu ke tangan hingga ke siku dan diakhiri dengan tertib. Fungsi tayammum sebenarnya perkara asas penting yang harus kita ketahui kerana kita tidak tahu bila masa atau ketika ketiadaan air.
Murid harus memastikan debu yang digunakan merupakan debu tanah yang suci tidak bercampur dengan najis dan bukan debu yang telah digunakan.
Yang seterusnya, murid dapat mengetahui kaedah bertayammum dengan cara yang betul. Yang pertama, dimulakan dengan menekap kedua-dua tapak tangan serta menipiskannya lalu menyapukannya di muka sambil berniat. Kedua, mengulangi menekap tapak tangan pada debu lalu menyapukannya pada tangan hingga ke siku. Dimulakan dengan tangan kanan barulah diakhiri dengan tangan kiri. Diingatkan cara bertayammum ini haruslah dilakukan secara tertib sama seperti berwuduk.
Syarat-syarat sah bertayammum perlulah dibelajari serta diketahui oleh semua lapisan masyarakat khususnya murid. Syarat yang pertama ialah mengetahui terlebih dahulu waktu solat kerana fungsi tayammum dibolehkan seusai kita mengetahui tentang waktu solat. Selain itu, kita juga haruslah mencari air terlebih dahulu kerana bimbang semasa kita bertayammum sebenarnya ada air namun di tempat lain.
Yang ketiga, memastikan debu tanah yang kita hendak gunakan adalah suci daripada sebarang najis dan elakkan daripada menggunakan najis yang telah digunakan. Sekiranya terdapat najis hendaklah sewajarnya kita bersihkan terlebih dahulu.
Perkara-perkara seperti ini lah perlu dititikberatkan oleh semua manusia kerana solat wajib dilakukan meskipun dalam keadaan sakit sekalipun. Jadi, tayammum menjadi satu kepastian yang wajar kita ketahui agar kita tidak meninggalkan ibadah wajib kita.
Tambahan lagi, murid-murid juga dapat mengetahui sebab-sebab melakukan tayammum. Tayammum bukanlah sebuah jalan singkat namun ianya ialah rukhsah untuk menggantikan air dalam berwuduk.
Seperti dalam berwuduk, tayammum juga mempunyai sunat-sunat dalam menggunakan tayammum sebagai gantian wuduk. Seperti biasa, disunatkan membaca basmallah. Seterusnya, menghadap kiblat , menipiskan debu pada tangan dalam keadaan menghadap kiblat.
Yang terakhir ialah perkara yang boleh membatalkan tayammum apabila kita melakukan perkara yang membatalkan wuduk seperti contoh terkentut, membuang air kecil atau besar , bersetuhan kulit lelaki ajnabi atau perempuan ajnabi.
Sekiranya ada air sebelum solat namun selepas bertayammum juga dikira batal tayammumnya. Ini kerana, kita haruslah berusaha mencari air terlebih dahulu kerana tayammum memudahkan bukannya menyusahkan orang lain. Tayammum juga akan terbatal sekiranya seseorang itu telah sembuh daripada sebarang penyakit kerana pada ketika itu dia sudah terkeluar dari menjadi seseorang yang diharuskan menggunakan tayammum.
Seterusnya, perkara seperti luput waktu solat dan murtad juga merupakan dua perkara yang membatalkan tayammum.
Ini merupakan contoh cara bertayammum yang betul yang perlu diketahui dan dipraktikkan dalam kehidupan sesiapa sahaja yang bergelar muslim.
Soalan demi soalan
1
Meminta murid untuk menjelaskan kembali apa yang mereka fahami dalam tajuk tayammum dengan menggunakan kertas warna-warni yang telah disediakan di atas meja.
2
Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan haruslah melakukan simulasi tayammum dengan betul dan guru akan menilai kumpulan yang layak digelar pemenang.
Bincangkan situasi dibawah serta nyatakan hukum dan sebabnya
1.Farhan bertayammum sebelum masuk waktu solat.
2.Nur menyapu debu ke tangan kanan terlebih dahulu sebelum tangan kiri.
3.Luqman bertayammum pada solat zohor dan dia ingin menunaikan solat asar menggunakan tayammum yang sama.
Tajuk kedua dalam bab yang sama ialah bab sunat haiah dan ab'ad ini para pelajar dapat mengetahui pengertian sunat haiah dan ab'ad, dapat merumuskan perkara sunat haiah dan ab'ad, menjelaskan implikasi meninggalkan sunat ab'ad serta dapat mengetahui dan mengamalkan perkara-perkara sunat.
UNIT 2
Dalam bab yang seterusnya ialah murid-murid mempelajari serta mendapat sesuatu ilmu iaitu mengenai pengertian sunat ab’ad yang kini ramai umat Islam tidak menitikberatkan mengenai sunat ab’ad kerana bagi mereka perkara yang digelar sunat adalah perkara remeh-temeh yang boleh dipandang serong. Sunat ab’ad ini jika kita tinggalkan kita harus menggantikannya dengan sujud sahwi.
Apabila kita tertinggal kelapan-lapan perkara diatas, maka kita disunatkan melakukan sujud sahwi.
Seterusnya, selain murid dapat mengetahui tentang sunat ab'ad murid juga dapat mempelajari sunat hai'ah yang mana sunat ini tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi sebagai contoh memberi salam yang kedua. Sekiranya kita tertinggal salam kedua kita tidak perlu melakukan sujud sahwi.
Seperti sujud sajdah dan sujud-sujud yang lain pasti mempunyai bacaan dalam sujud tersebut, sama juga dalam sujud sahwi dimana ia juga mempunyai bacaan yang tersendiri apabila kita tertinggal sunat ab'ad.
Murid bukan sahaja dapat mengetahui pengertian dan sebagainya, bahkan murid dapat mengetahui tentang bacaan dalam sujud sahwi.
SESI MENGUJI MINDA
Murid diminta untuk membincangkan tentang perkara-perkara berikut :
1) Laila solat subuh tetapi dia terlupa untuk membaca doa qunut. Adakah dia perlu melakukan sujud sahwi atau tidak?
2) Asma tidak membaca tahiyatul awal ketika solat. Perlukah dia melakukan sujud sahwi?
3) Luqman terlupa untuk melakukan salam kedua ketika solat isyak. Dia perlu melakukan sujud sahwi atau tidak dan mengapa ?
UJI KETANGKASAN MINDA DAN INGATAN
Secara berpasangan, murid perlu menyemak bacaan sujud sahwi rakannya dan sekiranya ada yang terlupa atau tersilap , perbetulkan dan seusai menyemak beritahu guru matapelajaran untuk memberikan bintang atau point.
Tajuk ketiga ialah asas azan dimana bab ini menerangkan kepada pelajar tentang pengertian azan. Pelajar juga membaca dan menghafaz lafaz azan serta jawapannya. Selain itu, pelajar melakukan simulasi dan melaungkan azan serta jawapannya serta membincangkan tentang adab sebelum, adab semasa dan selepas azan.
UNIT 3
Dalam bab ini, murid-murid dapat mengetahui azan dan jawapan ketika kita mendengar azan. Ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh lapisan masyarakat dan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana setiap 5 waktu kita akan mendengar azan seperti azan di corong-corong radio ataupun dari masjid atau surau yang berdekatan.
Jikalau makan kita mempunyai adab , begitu jugalah azan yang mempunyai tiga adab iaitu adab sebelum azan, adab semasa azan dan adab selepas azan.
Sebelum kita melaungkan azan kita perlu memastikan diri kita berwuduk, suci daripada hadas besar dan kecil. Selain itu, memastikan kita memakai pakaian yang menutup aurat serta syariat dan disunatkan muazin tersebut berakhlak mulia.
Seterusnya, adab semasa azan terbahagi kepada dua iaitu terhadap muazin dan pendengar. Terdapat lima adab semasa azan yang harus dilakukan oleh muazin. Dan tiga adab semasa azan yang harus dilakukan oleh pendengar.
Selanjutnya, adab selepas azan juga perlu dititikberatkan oleh semua muslim khususnya murid-murid yang mempelajari bab azan haruslah mengamalkan tiga adab tersebut.
Ini adalah fungsi azan dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan mukmin sejati yang mengejar mardhatillah.
AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN :
1) Baca dan hafaz lafaz azan serta jawapannya serta perdengarkan kepada rakan-rakan.
2) Murid dikehendaki menulis ayat atau perkataan lafaz azan beserta jawapannya dalam satu kertas berwarna- warni dan bentangkan ia di depan kelas kepada rakan-rakan,
3) Bincangkan antara ahli kumpulan tentang kepentingan azan dalam mengembangkan syiar Islam.
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berpandukan DSKP supaya para pendidik dapat mencapai objektif pengajaran mereka terhadap murid-murid di sekolah. Beberapa aktiviti akan dijalankan bagi meningkatkan lagi kefahaman murid-murid terhadap subjek yang dipelajarinya seperti perbincangan dalam kumpulan, melakukan simulasi di hadapan guru dan membuat rumusan berkenaan topik yang telah dipelajari.
UNIT 1
Dalil naqli ini disertakan sekali ketika sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengukuhkan lagi penghayatan para pelajar terhadap hukum dan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan ke atas umat Islam. Oleh itu, para pelajar dapat mengamalkan isi kandungan Al-quran berdasarkan ilmu yang telah dipelajari oleh mereka.
Rujukan: Shahrizan bin Mohd Hazime. (2013). Terjemahan dan Ulasan Matan SafinahAn-Naja’ . Kedah: Pustaka Paksi SDN. BHD
Murid- murid diminta untuk menghafal pengertian puasa dengan membacanya secara beramai-ramai berulang kali.
Gambar di atas menunjukkan murid-murid sedang menghafal pengertian puasa secara beramai-ramai.
Rujukan: Shahrizan bin Mohd Hazime. (2013). Terjemahan dan Ulasan Matan SafinahAn-Naja’ . Kedah: Pustaka Paksi SDN. BHD
Aktiviti : Murid-murid menyatakan perkara-perkara sunat puasa.
Guru menjelaskan syarat-syarat sah puasa agar para pelajar lebih memahami dan menghayatinya.
Rujukan: Abdullah Abd. Rahman. (2015). Artikel Sedia Hadapi Amalan Puasa. Dicapai pada 4 Ogos 2018 daripada http://www.sabah.gov.my/solat/artikel/puasa/sunat_berpuasa.htm
Rujukan: Zakiah Ulfah. (2016). Jurnal Manfaat Puasa Dalam Perspektif Sunnah. Universiti Islam Malaysia
Aktiviti : Murid- murid ditugaskan untuk menjelaskan tentang hikmah puasa.
Objektif aktviti ini adalah supaya pendidik dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, malah turut cemerlang dari segi rohani.
UNIT 2
Rujukan: Nur Suhana Binti Abdullah, Siti Fadhilah Binti Muhamad Nuskhah & Fadhilah Binti Ahmad. (2015). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Murid-murid menyatakan perkara asas solat sunat dua hari raya secara berkumpulan serta membincangkan hukum melaksanakannya.
Rujukan: Nur Suhana Binti Abdullah, Siti Fadhilah Binti Muhamad Nuskhah & Fadhilah Binti Ahmad. (2015). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Murid-murid dan guru menganalisis hikmah solat sunat dua hari raya bersama-sama serta merumuskan kesimpulan daripada tajuk pembelajaran yang telah dipelajari.
Rujukan: Idris Ahmad. (2017). Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha. Dicapai pada 4 Ogos 2018. Daripada https://youtu.be/YIzH3nh2bw8
Guru membimbing para pelajar untuk melaksanakan solat sunat dua hari raya serta dapat memberi pengalaman yang baharu kepada mereka.
UNIT 3
Rujukan: Shahrizan bin Mohd Hazime. (2013). Terjemahan dan Ulasan Matan SafinahAn-Naja’ . Kedah: Pustaka Paksi SDN. BHD
Murid-murid diminta untuk membaca pengertian solat jenazah secara beramai-ramai sehingga dapat menghafalnya serta membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan topik ini.
Ahmad. (2015). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rajah di atas menunjukkan kedudukan bagi jenazah perempuan dan lelaki ketika solat jenazah.
Aktiviti : Murid-murid diminta untuk melakukan simulasi solat sunat dua hari raya di bawah bimbingan guru.
takbir pertama ←👈
👉→takbir kedua
takbir ketiga ←👈
👉→takbir keempat SELAMAT MENONTON
Rujukan : Mohd Noor Abdul Latif. (2015). Cara Solat Jenazah. Dicapai pada 4 Ogos 2018 daripada https://www.youtube.com/watch?v=BkmfX1eQGk4
Gaya pembelajaran setiap individu adalah berbeza iaitu seperti auditori, kinestatik mahupun visual. Oleh itu, video ini ditayangkan supaya pelajar lebih mudah memahami cara-cara melaksanakan solat jenazah.
Murid-murid menganalisis serta membuat rumusan tenteng kefahaman mereka berkenaan solat sunat dua hari raya serta dapat mendirikan solat ini dengan sempurna.